Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

03 July 2012

PADI

01 August 2011

29 July 2011

28 July 2011

RELA

05 May 2010

Format Video Digital

Format perakaman video digital antara lain ialah:

* .avi (audio video interleaved) adalah standard yang digunakan dalam lingkungan sistem operasi Microsoft Windows.
* .mov (movie) adalah standard yang dikembangkan oleh Apple, banyak digunakan di internet / web.
* .wmf (windows media format) adalah format yang digunakan oleh peringkat Windows Movie Maker dan Windows Media Player
* .qt (QuickTime) adalah format yang digunakan oleh peringkat QuickTime
* .rm (real media) adalah format video streaming yang boleh ditayangkan dan dimuat turun di internet.
* .mpeg atau .mpg adalah format mampatan dari video digital yang dikembangkan oleh Motion Picture Experts Group (MPEG), dan menjadi standard perakam VCD dengan file extension .dat.

12 December 2009

GUNUNG




Gunung merupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di sekitar. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung. Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.
Tinggi gunung pada umumnya diukur dari ars laut, dengan itu menjadikan gunung Everest 8,848 meter (29,028 kaki) tertingi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung di ambil dari kaki gunung hingga ke puncak, gunung Mauna Kea di Hawai yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi.
Gunung meliputi 54% kawasan Asia, 36% Amerika utara, 25% Eropah, 22% Amerika Selatan, 17% Australia dan 3% Afrika. Secara keseluruhan, 24% dari daratan di Bumi terdiri dari banjaran gunung. Selain itu, 1 dalam 10 orang tinggal di kawasan pergunungan. Semua sungai utama di dunia bermula dari gunung, dan lebih separuh manusia bergantung kepada gunung untuk air.




















GUNUNG-GUNUNG DI MALAYSIA

Bil. Nama Gunung Negeri Meter Kaki
  1. Gunung Kinabalu Sabah 4,095M / 13,435 kaki
  2. Gunung Thusmadi Sabah 2,642M / 8,669 kaki
  3. Gunung Tambuyukon Sabah 2,579M / 8,462 kaki
  4. Gunung Murud Sarawak 2,422M / 7,946 kaki
  5. Gunung Mulu Sarawak 2,376M / 7,795 kaki
  6. Gunung Tahan Pahang 2,187M / 7,174 kaki
  7. Gunung Korbu Perak 2,183M / 7,162 kaki
  8. Gunung Yong Belar Perak-Kelantan 2,181M / 7,156 kaki
  9. Gunung Gayong Perak 2,173M / 7,129 kaki
  10. Gunung Chamah Kelantan 2,171M / 7,123 kaki
  11. Gunung Yong Yap Perak-Kelantan 2,167M / 7,110 kaki
  12. Gunung Ulu Sepat Perak-Kelantan 2,161M / 7,089 kaki
  13. Gunung Batu Putih Perak 2,131M / 6,990 kaki
  14. Gunung Tama Abu Sarawak 2,112M / 6,930 kaki
  15. Gunung Irau Pahang 2,110M / 6,924 kaki
  16. Gunung Benum Pahang 2,107M / 6,914 kaki
  17. Gunung Apd Runan Sarawak 2,103M / 6,900 kaki
  18. Gunung Gerah Perak-Kelantan 2,103M / 6,898 kaki
  19. Bukit Batu Sarawak 2,092M / 6,862 kaki
  20. Bukit Batu Buli Sarawak 2,092M / 6,862 kaki


INFO : WIKIPEDIA

12 November 2009

kreatif

Siapa kata kreativiti hanya milik para seniman
Siapa kata kreativiti hanya milik para artis
Siapa kata kreativiti hanya milik orang muda
Siapa kata kreativiti hanya milik para ilmuan




Manusia kreatif yang membina inovatif. Kreativiti ibarat mutiara di dasar laut. Tidak kira siapakah orangnya, sesiapa yang menyelam mungkin akan menemuinya. Secara umumnya kreativiti merupakan kombinasi antara idea baru dan idea lama sehingga menemui satu gagasan yang menarik dan dapat menyelesaikan beberapa persoalan.



Kombinasi kedua-duanya melibatkan proses seperti mengkaji semula, memilih, menukar ganti, sehingga menghasilkan sesuatu yang baru.

29 July 2009

Etika Kasih Sayang

Etika adalah falsafah tingkah laku. Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang dengan mematuhi nilai-nilai moral. Dalam bidang falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Secara am, apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, ia bermaksud sama ada orang itu baik atau tidak. Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagai bermoral atau tidak, ini bererti tindakan itu adalah sama ada betul atau salah. Salah satu daripada tingkah laku manusia ialah perasaan kasih dan sayang. Perasaan kasih dan sayang sangat penting dalam membina peradaban manusia. Etika ini merupakan sajian kepada jiwa kita. Beberapa tips tentang etika kasih sayang yang saya terima daripada seorang saudara boleh kita kongsi bersama seperti berikut;

Dua Puluh Sembilan Nilai Baik Perlu Dihayati

1. Agungkan Allah dan ingat selalu kelemahan diri kita.
2. Amalkan budaya ziarah menziarahi.
3. Amalkan budaya bertukar-tukar hadiah.
4. Amalkan syura untuk kepentingan bersama.
5. Bertoleransi asal tidak melibatkan dosa.
6. Berjabat tangan ketika berjumpa dan ketika hendak berpisah.
7. Beri nasihat kepada saudaramu yang meminta nasihat.
8. Beri tempat duduk saudaramu di sesuatu majlis.
9. Bersikap adil dan tidak berat sebelah.
10. Baik sangka terhadap saudara sesama Muslim.
11. Bila berhutang, hendaklah dibayar.
12. Bila bersalah, segera minta maaf.
13. Hayatilah budaya suka bertegur sapa.
14. Hormat menghormati antara satu sama lain.
15. Iringi ke tanah perkuburan jenazah saudaramu.
16. Lazimkan solat berjema’ah.
17. Lakukanlah kebaikan kepada orang yang berbuat jahat kepadamu.
18. Lupakan kebaikanmu kepada orang.
19. Muliakan tetamu dan layan dengan wajar.
20. Muliakan orang tua, kasihani dan pimpin yang muda.
21. Sentiasa senyum dan manis muka ketika bertemu saudaramu.
22. Sertailah suka dan duka saudaramu.
23. Tawadhuk terhadap saudara sesama Muslim.
24. Tepati janji bila berjanji.
25. Tolong jiranmu / saudaramu yang memerlukan pertolongan.
26. Tunaikan jemputan saudaramu.
27. Tunaikanlah zakat dan banyakkan sedekah.
28. Ucapkan salam ketika berjumpa atau sewaktu hendak berpisah.
29. Ziarahilah saudaramu yang sakit.


Dua Puluh Sembilan Nilai Keji Mesti Dijauhi

1. Jangan berbisik-bisik sedang saudaramu di majlis yang sama.
2. Jangan berdusta terhadap saudaramu.
3. Jangan berpaling muka bila bertemu saudaramu.
4. Jangan dedahkan aib saudaramu di depan orang lain.
5. Jangan diungkit-ungkit kebaikanmu kepada orang.
6. Jangan berdendam.
7. Jangan berlaku khianat terhadap orang.
8. Jangan ganggu keselamatan jiran.
9. Jangan hasad dengki.
10. Jangan jadi batu api.
11. Jangan jadi gunting dalam lipatan.
12. Jangan kedekut.
13. Jangan keras kepala.
14. Jangan lakukan perkara yang dibenci oleh saudaramu.
15. Jangan lupa kejahatan yang anda lakukan kepada orang.
16. Jangan mementingkan diri sendiri.
17. Jangan memotong cakap orang.
18. Jangan mengumpat.
19. Jangan memfitnah.
20. Jangan menganiaya saudaramu.
21. Jangan merampas hak orang.
22. Jangan menganiaya kawan kerana hendak naik ke atas.
23. Jangan sakiti jiran / saudaramu.
24. Jangan sombong atau bongkak.
25. Jangan suka menenung pintu atau tingkap rumah jiran.
26. Jangan suka marah-marah ikut nafsu atau perasaan.
27. Jangan mengintip atau mencari-cari kesalahan orang.
28. Jangan suka menyumpah seranah jiran / saudaramu.
29. Jangan terlalu suka berhutang pada jiran / saudaramu.

25 July 2009

Nak Tahu Tentang H1N1 ?

Penularan wabak ini menjadi semakin panik dalam kalangan masyarakat kita. Setiap hari ada sahaja peningkatan kes yang disahkan. Setiap minggu ada sahaja institusi pendidikan ditutup.Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada individu yang memandang negatif kepada individu lain yang dipercayai telah terkena wabak ini. Takut. Jauhkan diri.Itulah sikap masyarakat kita. Bukan berusaha nak membantu tetapi cuba mengelak dan kalau boleh langsung tidak mahu berurusan dengan sesiapa sahaja yang terkena dengan sesuatu penyakit. Itu belum lagi jika mengetahui seseorang itu dijangkiti dengan penyakit AIDS, dengan cepat sahaja ada yang cuba menyisihkan mereka. Selagi diri sendiri atau batang hidung sendiri belum mengalaminya, maka mereka tidak tahu bagaimana keadaannya jika ada orang lain yang beranggapan serong. Tiada siapa di dunia ini yang ingin sakit. Di Negara kita mangsa-mangsa yang telah disyaki terkena diharap perlu bersabar dan anggaplah ini adalah dugaan Tuhan. Marilah kita sama-sama berdoa agar kesihatan kita , keluarga kita serta masyarakat kita sentiasa baik dan terhindar daripada segala wabak dan penyakit. Janganlah cepat menyalahkan orang lain. Mangsa-mangsa yang disyaki dan telah disahkan mengalami wabak ini juga ada tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan. Ikutilah nasihat dan langkah-langkah yang telah diberi oleh Kementerian Kesihatan agar penyakit ini tidak merebak kepada orang lain. Memang wabak ini sukar dikawal tetapi kita sekadar dapat memperlahankan sahaja penularannya. Setakad ini belum ada ubat yang khusus merawatnya. Pesakit hanya diberi ubat-ubat biasa seperti ubat batuk dan demam sahaja.
Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam. Kalau virus selesema burung, ia dinamakan sebagai virus H5N1. 'H' bermaksud Hemagglutinin protein manakala'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi. Swine Flu bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.
Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan akan terus memantau kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster ILI dan orang awam termasuk institusi pendidikan dan tempat kerja untuk memberi kerjasama dengan melaporkan kejadian kes-kes yang bersimptom selesema, batuk atau sakit tekak yang juga dikenali sebagai ILI (influenza-like illness). Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan. Bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
I. Orang ramai diminta untuk terus dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya membasuh tangan secara rutin dan etika batuk. Mereka juga perlu mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan).

II. Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada klinik-klinik yang berdekatan. Kes-kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum. Mereka juga dinasihatkan memakai mask dan jika gejala bertambah teruk untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah telah di muat naik ke laman web Kementerian Kesihatan sebagai rujukan orang awam.

III. Kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa, hendaklah dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut.

16 April 2009

Semut

Semut dan Kejayaan

Pengajaran terbesar yang dapat disaksikan dalam dunia kejayaan antaranya adalah hidupan haiwan yang bernama semut.Semut sentiasa berusah secara terus menerus untuk berjaya dan mendapatkan apa yang di inginkan.Ia merangkak di sebuah pokok lalu terjatuh,kemudian bangun dan berusaha untuk merangkak kembali diatas pokok dan terjatuh lagi, demikian seterusnya.Perkara tersebut terjadi berulang- ulang,namun ia tetap berusaha tanpa merasa lelah dan bosan hingga akhirnya ia berjaya naik ke atas pokok yang dinginkan dan mendapatkan apa yang dicari.




Apabila jalan yang akan dilalui terhalang,maka semut akan berusaha lalu dari arah kanan dan kiri, Namun jika tetapmendapatkan kesukaran untuk bergerak maju ,maka ia akan berhenti sekejap kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat dibandingkan dengan yang pertama.Mungkin semut akan menjauhi jalannaya yang pertama kerana ada beberapa rintangan ,namun dia akan tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan yang lain hingga akhirnya sampai pada tujaan.
Haiwan semut memiliki kekuatan yang luar biasa dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan.Ia tidak pernah merasa bosan dan putus asa,sehingga semut patut dijadikan contoh dalam hal keinginan dan tekad yang kuat yang tidak mengenal kata putus asa.

10 April 2009

Komuniti E-Learning

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang memulakan projek e-komuniti mentakrifkan e-komuniti sebagai suatu kumpulan orang yang berkongsi minat dan kepercayaan dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai suatu teras teknologi dalam interaksi dan transaksi harian untuk membaiki kehidupan secara signifikan..

Manakala menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, Konsep e-learning tidak hanya sekadar penghantaran nota-nota kuliah kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail semata-mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan forum/perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala, pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan juga peperiksaan.Dengan menemui kriteria yang dinyatakan diatas, pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan.

Oleh itu komuniti e-learning merupakan satu kumpulan pelajar yang menggunakan teknologi maklumat sebagai urusan mereka dalam membaiki dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.

Komuniti E-learning tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkan 'Web Portal'. Kelebihan web portal, pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya.

Namun sejauh mana keberkesanan kaedah e-learning, belum dapat ditentukan dan kajian ke atasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-learning di negara kita masih lagi diperingakat permulaan dan memerlukan banyak pengkajian ke atasnya bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada kumpulan sasaran. Sebenarnya penghalang kepada kemajuan e-learning bukanlah teknologinya tetapi sumber manusia..Pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan e-learning. Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yang lebih positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajar mestilah bersikap positif dengan konsep ini serta menggalakkan para pelajar menggunakan kaedah ini. Seharusnya dengan adanya konsep ini, tenaga-tenaga pengajar dapat mengeksploitasinya sebaik mungkin

21 March 2009

Sukan dalam perspektif Islam

Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab. `Sebab itu Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’. Malah Rasullullah juga pernah mengalahkan ahli gusti terkenal di zamannya iaitu Rukanah Abu Yazid. Oleh itu gunakanlah potensi dan bakat ini untuk mengajak manusia supaya kembali kepada cara hidup Islam. Ini termasuk potensi dan bakat dalam aktiviti sukan.
Namun Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan Dalam Islam `Matlamat tidak menghalalkan cara’ atau `al ghayah la tubarrirul wasilah’. Matlamat yang baik iaitu untuk menjaga kesihatan badan tidak harus dicemari dengan cara atau pendekatan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kita tidak mahu usaha menyihatkan badan melalui aktiviti sukan tidak di kira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan ia menjadi sia-sia sahaja.
Untuk itu kita harus pastikan agar aktiviti sukan perlu memenuhi antara syarat-syarat berikut:
1. Niat kita haruslah untuk menjaga kesihatan badan agar mendapat keredahaan Allah SWT
2. Aktviti itu tidak dilakukan dalam suasana yang bercanggah dengan syariat Islam.
3. Menjaga aurad
4. Asingkan tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita
5. Tiada unsur perjudian
6. Tidak lalai sehingga meninggalkan tanggungjawab lain seperti solat
7. Tidak membazirkan sumber yang ada
Sebenarnya tidak susah untuk kita memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan. Umat Islam telah dipengaruhi dan terikut-ikut dengan corak dan gaya barat khususnya orang-orang kafir dalam bersukan. Sepatutnya kita mempunyai identiti dan peraturan sendiri dalam bersukan. Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung. Contoh lain ialah pelari dari Bahrin, Ruqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006. Bagi Negara kita tahniah diucapkan kepada beberapa orang pemain hoki kebangsaan seperti Nor Saiful Zaini dan atlet pemanah yang telah menunjukkan contoh berpakaian dan akhlak yang tinggi di gelanggang. Cuba kita fikir dan renungkan, adakah dengan membuka aurad dapat menjadikan seseorang atlet itu maju...


http://permai1.tripod.com/sukan.html
http://bobex.wordpress.com
http://akhisalman.blogspot.com
http://www.bernama.com.my
http://www.harakahdaily

25 February 2009

Warna Diri

Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.

Pemakaian warna-warna kegemaran ini akan menambahpendamkan getaran warna dalaman sama ada berlebihan atau berkurangan yang menimbulkan berbagai simptom atau gangguan tenaga (penyakit) menjadi terlalu tinggi atau rendah. Penyakit adalah salah satu bentuk tenaga, manakala tenaga adalah cahaya dan cahaya itu adalah warna.



CARTA WARNA DIRI


Dengan menjadikan konsep warna dalam kehidupan anda, anda sebenarnya mengenali diri anda dan akan mula mengenali personaliti anda. Perhatikan dengan mata hati dan minda yang terbuka luas tentang warna dalam pengertian penyakit dan banyak lagi. Kenalilah warna diri anda.

Sumber dan maklumat lanjut di:
http://warnadiri.blogspot.com
http://www.cvtherapy.com.my
http://www.rawatankesihatan.com/

23 February 2009

WARNA

WARNA DAN ELEMEN ALAM

Apabila seseorang ibu melahirkan bayi lelaki, banyak hadiah yang diterima berwarna biru muda. Manakala apabila bayi perempuan dilahirkan, warna merah jambu atau pink menggelilingi persekitarannya daripada baju, botol susu,dan sebagainya. Begitu juga dengan kehidupan orang dewasa.

Ada orang yang beranggapan konsep warna cuma tanggapan dan ciptaan manusia semata-mata. Tanggapan tersebut sebenarnya kurang tepat. Konsep warna dalam kehidupan harian memberi makna dan hakikat tertentu. Semua unsur mempunyai warna tersendiri. Kejadian manusia dan alam adalah kejadian yang sama. Apa sahaja yang terkandung di dalam alam semesta sebenarnya juga terkandung di dalam tubuh manusia. Terdapat begitu banyak analogi di dalam alam semesta yang mempunyai persamaan dengan tubuh manusia. Pelangi di langit sebenarnya adalah mewakili warna aura bagi tubuh manusia. Aura mempunyai hubungan jelas dengan tubuh manusia. Warna dan bentuk aura yang terhasil sebenarnya mewakili keadaan individu itu sendiri.

Alam dan segala sesuatu sekiranya tanpa warna amat membosankan dan hidup seperti tidak bermakna. Begitu juga tubuh manusia dalaman dan luaran yang mempunyai getaran yang berfrekuensi yang bersamaan dengan warna-warna yang diketahui.

bersambung.........

http://warnadiri.blogspot.com
http://www.cvtherapy.com.my
http://www.rawatankesihatan.com/

16 January 2009

Dulu dan Kini - Israel dan Palestin

Kekejaman Israel terhadap palestin memang menjadi kutukan masyarakat kita. Sehingga adakalanya kita malas untuk mendengar dan membaca kisah penderitaan rakyat palestin. Perasaan malas itu sebenarnya adalah satu tanda kekecewaan. Kecewa kita kepada dunia, kecewa kita kepada bangsa Arab, dan pelbagai perasaan yang tidak tahu di mana hendak kita luahkan. Apakah keupayaan kita dan apakah kekuatan kita untuk membantu manusia lain yang diseksa dan dihina. Setiap kali melihat visual kekejaman Israel di televisyen dan di akhbar,maka setiap kali juga kita terbayangkan sekiranya anak-anak yang tidak berdosa diseksa dan dibunuh dengan kejam di Palestin itu adalah anak-anak kita, keluarga kita. Begitu tersentuh hati kita. Hanya yang tiada perasaan sahaja yang tidak merasa simpati apabila melihat kesedihan dan tangisan mangsa kekejaman Israel. Bagaimana pula dengan orang-orang Israel sendiri. Adakah semua orang Israel itu kejam. Siapa, bagaimana, di mana dan mengapa bangsa ini dilihat sangat kejam menindas orang-orang Palestin hari ini. Marilah kita menyingkap sejarah kewujudan bangsa ini. Marilah kita melihat dan muhasabah tentang bangsa kita. Di mana kita sekarang. Sejarah sangat penting untuk semua bangsa di dunia ini.

Israel ialah nama gelaran kepada Nabi Allah Yaakub a.s. Tersusun dari dua kalimat Ibrani (Bahasa Hebrew) .Isra ertinya Hamba. El ertinya Allah. Jadi Israel ertinya hamba yang menjadi pilihanNya. Bani Israel ialah anak anak Nabi Allah Yaakub. Yakni anak-anak cucu keturunannya yang kemudiannya digelar kaum Yahudi.


Sejarah mereka mengikut Ensiklopedia abad ke –14 Hijrah atau abad 20 Masihi karangan Muhammad Wajdi, secara ringkasnya adalah sebagaimana berikut :Bani Israel atau kaum Yahudi adalah bangsa yang telah mengambil peranan penting dalam sejarah. Dengan adanya beberapa kitab kuno kepunyaan mereka, maka dapatlah dianggap tidak ada satu bangsa pun yang dapat menandingi kelengkapan sejarah kaum Bani Israil itu.


Sejarah mereka telah dimulai sejak abad ke 20 sebelum masihi, iaitu 2000 tahun sebelum lahirnya Nabi Allah Isa berpangkal dari Nabi Allah Ibrahim a.s , bapa dari sekalian para Nabi. Ahli-ahli sejarah telah membahagikan sejarah kaum Bani Israel kepada lima peringkat :


Peringkat Pertama :
Mengambil masa selama 351tahun. Iaitu dari zaman Nabi Allah Ibrahim a.s hingga ia keluar meninggalkan Mesir.


Peringkat Kedua :
Mengambil masa selama 565 tahun,dari tahun 1645 hingga 1080 sebelum Masihi. Iaitu sejak dari keluarnya Nabi Ibrahim dari Mesir sehingga tertubuhnya kerajaan Bani Israel.


Peringkat Ketiga : Mengambil masa selama 544 tahun,dari tahun 1080 hingga 536 sebelum Masihi. Iaitu dari terciptanya kerajaan Bani Israel hingga tertawannya benteng negeri Babylon.


Peringkat keempat :
Mengambil masa selama 671tahun, dari tahun 536 sebelum Masihi hingga tahun 135sesudah lahirnya Nabi Allah Isa. Iaitu dari sejak tertawannya benteng negeri Babylon hingga hancurnya negeri tanah suci mereka Baitul Maqdis kerana dileburkan oleh Raja Rom, Adrian.


Peringkat kelima :
Iaitu peringkat yang terakhir, sejaktahun 135 Masihi hingga ke hari ini, mereka bertaburan dimuka bumi.


Pada peringkat pertama dalam sejarah kaum Bani Israel, yang dimulai sejak zaman Nabi Allah Ibrahim keluar dari Mesir, kemudiannya mendapat dua zuriat Ismail a.s dan Ishak a.s. Ismail a.s telah menurunkan zuriatnya yang dikenali kemudiannya dengan bangsa Arab. Ishak pula telah menurunkan zuriatnya yang bernama Yaakub a.s dan dialah yang digelarkan Israel. Kemudian Yaakub mendapat pula 12 orang anak . Salah seorang dari mereka mendapat pangkat yang tinggi di sisi Raja Mesir iaitu Yusuf a.s yang menjadi menteri. Bila datang bahaya kelaparan, kesemua anak-anakYaakub telah pergi meminta bantuan Yusuf a.s dan berpindah dari Kan’an di Utara Semenanjung Arab ke negeri Mesir, dimana Yusuf a.s memberikan perlindungan kepada mereka. Di sana berkembang biaknya kaum Yahudi.


Selepas beberapa lama sejak kewafatan Yusuf a.s. Firaun menindas mereka, diperasnya tenaga mereka untuk bekerja sebagai buruh paksa. Kaum lelakinya dibunuh dan wanita dibiarkan hidup meminta-minta. Sehingg Allah menurunkan bantuannya dengan diutuskan kepada Firaun dan kaum Yahudi itu Nabi Allah Musa a,s dan diperintahkan mereka berpindah ke negeri Kan’an semula iaitu tempat yang dijanjikan Tuhan akan keselamatan dan kemakmuran.


Dalam peringkat yang kedua, sejarah Bani Israel ini iaitu sejak mereka meninggalkan negeri Mesir dengan menyeberangi Laut Merah yang terbelah dengan mukjizat tongkat Nabi Allah Musa. Mereka selama 40 tahun tinggal di padang Sahara, gurun pasir yang tandus dengan didikan yang perit dan serba kasar. Nabi Allah Musa menjalankan syariat Tuhan dari wahyu yang diterima di kaki Bukit Tursini (di semenanjung Sinai).


Syariat itu dipakai untuk mengatur hidup kaum Bani Israel, sehingga baginda mangkat pada tahun 1065 sebelum masehi, lalu digantikan dengan Nabi Yusya’ sebagai ketua Bani Israel. Dari semenjak itulah berdiri kerajaan dan pemerintahan kaum Bani Israel dan dapat pul menundukkan kerajaan-kerajaan yang berjiran dengannya, sehingga pemerintahannya meliputi Semenanjung Sinai, Jordan, Palestin dan Syria.


Sejak itu, pada peringkat yang ketiga antara tahun1080 dengan 356 sebelum Masihi, kerajaan Bani Israel makin bertambah besar hingga dapat menawan negeri Babylon di Iraq dari tangan kerajaan Parsi. Pada zaman tersebut pula banyak para Nabi dan Rasul dibangkitkan dari kaum Bani Isrel untuk memberikan pengajaran dan pimpinan untuk memimpin kaum Bani Israel agar bertaqwa kepada Allah. Diantaranya ialah Nabi Allah Samwil, Nabi Allah Dawud dan Nabi Allah Sulaiman. Pada zaman Nabi Allah Sulaiman kaum Bani Israel meningkat ke mercu kejayaan.

Tetapi setelah Nabi Allah Sulaiman mangkat, dan pemerintahannya digantikan oleh anaknya Rahba’am, maka mulalah masa gemilang kerajaan Bani Israel itu pudar sedikit demi sedikit disebabkan mereka telah berpecah sesama sendiri. Satu pihak menegakkan Kerajaan Yuhudi dan satu pihak lagi menegakkan kerajaan Bani Israel. Mereka saling berperang dan ini menyebabkan keruntuhan kerajaan Bani Israel dan mulalah kerajaan-kerajaan yang berjiran mencelah dan menakluki kerajaan Bani Israel, adakalanya bangsa Mesir dan adakalanya bangsa Parsi.

Pada peringkat keempat, sejarah mereka, iaitu diantara tahun 635 sebelum Masihi dengan tahun 135 sesudah masihi, bukan sahaja kerajaan Parsi telah dapat menawan balik negeri Babylon dan telah menghalau mereka ke Palestin bahkan kerajaan Rom juga telah menyerang mereka yang diketuai oleh Iskandar Maqduni dan menakluki negeri Palestin . Sejak itu bergilir-gilir mereka dikuasai oleh kerajaan Parsi dan Rom, dua kerajaan yang sangat kuat di masa itu. Kaum Yahudi telah ditekan, dihina, diperkosa, dipaksa membayar ufti dan cukai kepada kerajaan negeri. Dan yang paling menyedihkan ialah agama mereka dihina, dipaksa menyembelih babi, dilarang berkhatan dan dirumah ibadat mereka dipaksa meletakkan patung Jupiter. Akhir sekali Baitul Maqdis iaitu tempat suci kaum Yahudi itu dihancurkan sama sekali oleh Raja Rom, Adrian dan disembelih kaum Yahudi tidak kurang 500000 orang. Dengan malapetaka ini kaum Yahudi semakin bertambah erat berpegang kepada agama dan persahabatan mereka.

Semenjak tahun 135 Masihi, tarikh hancurnya Baitul Maqdis ditangan Raja Adrian, maka berseleraklah kaumYahudi, saki baki dari penyembelihan yang dahsyat itu ke seluruh pelusuk bumi. Peringkat inilah peringkat terakhir yang dicatatkan tentang kewujudan kerajaan Bani israel yang dicatatkan oleh ahli sejarah.

Sehingga diutuskan Muhammad Rasulallah s.a.w kepada manusia dan membawa Al Quran yang membenarkan segala peristiwa Kaum Yahudi dan Bani Israel serta membenarkan segala isi kitab Taurat sebagaimana yang difirmankan Allah di dalam surah Al Baqarah :


“ Percayalah kamu dengan (kitab suci Al Quran)yang Aku turunkan, sedang ia (Quran itu)membenarkan kitab yang ada pada kamu (Taurat)” ( Baqarah : 41 )


Kemuliaan dan kehinaan Bani Israel secara ringkasnya Allah memuliakan kaum Bani Israel dengan dibangkitkan kebanyakan para Rasul dalam kalangan mereka dan firman Allah :


“ Hai anak-anak Bani Israel ! Ingatlah olehmu akan nikmatKu yang Aku anugerahkan kepadamu, dan bahawasanya Aku muliakan kamu daripada seisi alam.”( Al-Baqarah : 47 )


Di dalam Al Quran Allah ada menyebutkan sepuluh keistimewaan yang dikurniakanNya ke atas kaum Bani Israel sebagai nikmatnya yang besar iaitu :


a) Mereka diselamatkan dari kekejaman Firaun dengan diutuskan Nabi Allah Musa.


b) Laut Merah terbelah dua sehingga dapat mereka lalu untuk menyelamatkan diri mereka dari dikejar oleh Firaun dan tentera-tenteranya.


c) Orang-orang yang telah mati disambar petir kerana berlaku tidak taat pada perintah Allah dihidupkan kembali.


d) Allah menyelubungkan awan ke atas mereka dari panas matahari pada masa mereka hidup di padang pasir.


e) Allah menurunkan kepada mereka Mann dan Salwa iaitu hidangan makanan dari syurga.


f) Allah maafkan mereka atas segala kesalahan mereka menyembah berhala anak lembu semasa ketiadaan Nabi Allah Musa.


g) Allah menurunkan kepada mereka Taurat untuk menjadi panduan kepada kaum Bani Israel. Allah memancarkan dua belas mata air untuk minuman mereka ketika mereka kehausan di padang pasir yang tandus.


Hal di atas ini dapat dirujuk pada surah Al Baqarahdari ayat 49 hingga 60.


Namun setelah diberikan nikmat-nikmat Allah yang sebegitu banyak dan besar, Kaum Yahudi masih lagi berdegil dan menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kesilapan dan kedosaan di antaranya:


a) Perkataan mereka yang berbunyi “Sami’na wa A’soina”yang ertinya kami hanya dengar tetapi tetap menderhaka.


b) Mereka menyembah anak lembu sebagai Tuhan


c) Perkataan mereka yang menderhaka yang bermakna “Tunjukkanlah kami rupa Allah dengan terangnya ”


d) Mereka berlaku zalim dan mengubah perkataan Allah Sejarah Kaum Bani Israel yang sebenarnya dengan perkataan yang lain kerana memperkecilkan perintah Allah.


e) Mereka mengatakan “ Kami tidak sabar dan jemu makan satu jenis makanan sahaja.”


f) Mereka berpaling dari Taurat.


g) Mereka melakukan kezaliman dengan menindas bangsa yang lain dan merasakan diri merekalah makhluq yang paling mulia di atas muka bumi ini.


h) Mereka membunuh para nabi yang dibangkitkan dalam kalangan mereka.


Hal ini dapat dirujuk pada surah Al Baqarah dari ayat61 hingga 82.


Firman Allah :

“Dan ketika Kami ambil persetiaan anak-anak Israel bahawa tiada boleh kamu menyembah selain dari Allah dan dengan ibu bapa kamu berbuat baiklah terhadap mereka, begitu juga terhadap karib kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan berkatalah kepada manusia perkataanyang baik-baik dan kerjakanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, kemudian itu kamu berpaling,kecualai sedikit daripada kamu, dan kamu pun turut berpaling.” ( Al Baqarah : 83 )


“ Sesungguhnya telah kami turunkan kitab Taurat kepada Musa dan Kami iringi dibelakangnya dengan beberapa rasul dan Kami berikan kepada Isa anakMaryam beberapa keterangan (bahawa ia menjadi Rasul) dan Kami kuatkan dengan roh suci (Jibril).Adakah tiap-tiap Rasul yang datang kepada kamu membawa sesuatu yang tiada bersesuaian dengan kemahuan kamu, maka kamu bersifat sombong ?.Segolongan (Rasul-Rasul) itu kamu dustakan dan sebahagiannya kamu bunuh.” ( Al Baqarah : 87 )


“ Hai anak-anak Bani Israel (Yaakub). Ingatlah akan nikmat-nikmatKu yang ku berikan kepadamu, dansempurnakanlah janji (perintah) Aku, supaya bolehAku sempurnakan pula janjimu dan takutlah kamu kepadaKu.” ( Al Baqarah : 40 )


Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.



Sejarah Awal

Kita susuri sejarah tanah Palestin tersebut, sehingga membawa kita kepada kisah Nabi Musa. Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.




Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.



Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.



Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.



Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.



Kejatuhan Turki Uthmaniyyah

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.



Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.



Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.



Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.


Sumber : http://lembahbujang.blogspot
http://leokid.com/

07 January 2009

Peristiwa Penting 10 Muharam

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara

7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.

8. Nabi Isa diangkat ke langit.

9. Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya

10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.

12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.

13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

14. Hari pertama Allah mencipta alam.

15. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.

16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

17. Allah menjadikan Arasy.

18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril

Perkara-perkara sunat dilakukan di hari As-Syura

1. Lapangkan masa belanja anak isteri - Allah akan lapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin - Allah akan lapangkan kuburnya nanti.

3. Menahan marah - Allah akan masukkannya ke dalam golongan redha.

4. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang sesat - Allah akan penuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Usap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.

6. Bersedekah - Allah akan jauhkannya dari api neraka dengan kadar jauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati. Dan diberi pahala seperti sedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Pelihara kehormatan diri - Allah akan terangi cahaya keimanannya.

8. Mandi sunat - Allah akan lindunginya dari sakit-sakit yang berat tahun ini. Niatnya begini, “Sahaja aku mandi sunat pada hari As-syura kerana Allah ta’ala.”

9. Bercelak - Allah akan lindunginya dari sakit mata tahun ini.

10.Baca surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad…) 1000 kali - Allah akan pandangnya dengan rahmat di akhirat nanti.

11.Solat sunat 4 rakaat - Allah akan ampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun. Niatnya begini: “Sahaja aku solat sunat hari As-syura 4 rakaat kerana Allah ta’ala.” Rakaat pertama dan kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.

12.Menjamu orang berbuka puasa - Allah akan beri pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

31 December 2008

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2009. Pastinya ucapan ini yang paling popular hari ini. Rasanya apabila menjelang tahun baru kita pasti terasa betapa masa berlalu terlalu pantas. Pelbagai perkara yang telah dilalui oleh kita dalam tahun 2008 ini. Begitu juga pelbagai peristiwa telah berlalu di negara kita. Apa pun yang berlaku sepatutnya mengajar kita lebih matang dan lebih berpengalaman. Insya Allah
Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com