Showing posts with label ASAM PEDAS. Show all posts
Showing posts with label ASAM PEDAS. Show all posts

20 October 2008

Asam Pedas Rebung...by asam jawa

Salam. Asam pedas rebung. Asam pedas bukan aje ada kat Melaka tapii kita boleh jumpa dari utara sampai ke Johor negara kita ini. Pecaya tak Asam jumpa rebung masak asam pedas semasa minggu lepas di utara. Kalau kat Melaka memang Asam tak pernah jumpa. Sebut pasal rebung pasti semua orang tahu tentang peribahasa kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya. Memang popular betul masak asam pedas bukan di Melaka aje, dan kini banyak variasinya pulak. Kalau di Johor dinamakan asam pedas Johor. Bila cakap asam pedas Johor, teringat tentang orang-orang Johor. Orang Melaka dengan orang Johor memang tak banyak beza dalam banyak aspek, termasuk masak asam pedasnya. Masa bebujang dulu, Asam pernah keje kat Johor. Dikelilingi masyarakat Cina, sampai sidang kampung pun orang Cina dan kenal betul dengan Asam. Labis, kawasan ni dulu terkenal dengan wakilnya kat parlimen. Siapa lagi kalau bukan Uncle Chua. Berita terkini Uncle Chua dah jadi orang no 2 dalam partai no 2. Hebat betul ye.. Uncle Chua. wa tabik spring sama lu ma. Kalu kawan wa orang India slalu cakap..cerita sana, cerita sini..apa kita dapat, tapii..Uncle Chua semua dia dapat. Dapat kawan, dapat lawan, dapat jawatan, dapat barang tu, dapat barang ni..barang baik punya tau. Memang berbaloi. Suatu ketika dulu mamak bendahara kita kata Melayu mudah lupa. Rasanya orang Cina serupa..opps selupa jugak. Balik semula tentang masak asam gebung, Uncle Chua pasti dapat melentur buluh dari rebungnya, sebab warisnya dah ambil alih kat kawasannya dulu. Tapii yang pastinya bila kita nak pegang buluh pastinya miang rebung tu telekat kat badan kita. Dalam perjalanan balik dari utara Asam tak lupa beli rebung..kata penjualnya ini rebung madu. Madu pun madulah.
Rebung yang dibeli di pasar malam Jitra

14 October 2008

..memang pedas..memang masam...by Asam Jawa

SALAM...Orang melaka memang suka yang pedas-pedas dan masam-masam. Tu le sebabnya masakan ini popular kat negeri ni, walaupun ada benda lain yang manis... macam gula melaka. Kengkawan daripada negeri lain slalu usik tentang orang Melaka yang sangat pemurah termasuk le pemerintahnya dari dulu-dulu sampai le sekarang ni. Ape ke tidaknya... ada bukit bagikan kat cina dah jadi bukit cina, ada tanjung bagikan keling jadi pulak tanjung keling. Tu semua berlaku masa zaman dudulu le...tapi sekarang pun sama jugak. Orang Tanjung nak bagi Datuk kat jaguh badminton, Melaka pun tak sempat-sempat nak bagi kat jaguh kampung...opps jaguh lama. Orang pantai timur bagi Datuk kat tauke Ferrari F1, Melaka pulak bebaru ni nak bagi kat hero Kuch Kuch Kotahe. Memacam komen kat surat kabau sekarang ni tentang isu tu. Ada sorang kawan berbangsa india selalu kata asyik buat tu buat ni...apa ada..apa dapat. Tapi jangan lupa Melaka ada BUAH MELAKA dan BATANG MELAKA. Orang luar Melaka kalau nak tahu kenapa semua ni berlaku datang le kat Melaka dulu dan jangan lupa gasa asam pedas Melaka
Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com