16 April 2009

Semut

Semut dan Kejayaan

Pengajaran terbesar yang dapat disaksikan dalam dunia kejayaan antaranya adalah hidupan haiwan yang bernama semut.Semut sentiasa berusah secara terus menerus untuk berjaya dan mendapatkan apa yang di inginkan.Ia merangkak di sebuah pokok lalu terjatuh,kemudian bangun dan berusaha untuk merangkak kembali diatas pokok dan terjatuh lagi, demikian seterusnya.Perkara tersebut terjadi berulang- ulang,namun ia tetap berusaha tanpa merasa lelah dan bosan hingga akhirnya ia berjaya naik ke atas pokok yang dinginkan dan mendapatkan apa yang dicari.




Apabila jalan yang akan dilalui terhalang,maka semut akan berusaha lalu dari arah kanan dan kiri, Namun jika tetapmendapatkan kesukaran untuk bergerak maju ,maka ia akan berhenti sekejap kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat dibandingkan dengan yang pertama.Mungkin semut akan menjauhi jalannaya yang pertama kerana ada beberapa rintangan ,namun dia akan tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan yang lain hingga akhirnya sampai pada tujaan.
Haiwan semut memiliki kekuatan yang luar biasa dalam merealisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan.Ia tidak pernah merasa bosan dan putus asa,sehingga semut patut dijadikan contoh dalam hal keinginan dan tekad yang kuat yang tidak mengenal kata putus asa.

2 comments:

Melawis said...

Salam..ni semut api ke..semut hitam bang.And kenalah juga hati-hati kerna semut ni bila jumpa gula boleh lupa dunia.Wassalam.

gergento.com said...

Terima kasih..memang kerana gula semut binasa kerana mulut badan merana

Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com