10 April 2009

Komuniti E-Learning

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang memulakan projek e-komuniti mentakrifkan e-komuniti sebagai suatu kumpulan orang yang berkongsi minat dan kepercayaan dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai suatu teras teknologi dalam interaksi dan transaksi harian untuk membaiki kehidupan secara signifikan..

Manakala menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools, Konsep e-learning tidak hanya sekadar penghantaran nota-nota kuliah kepada pelajar ataupun penghantaran tugasan kepada pensyarah melalui e-mail semata-mata tetapi yang sebenarnya pengisian web tersebut mestilah dipenuhi dengan forum/perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala, pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur dari segi nota kuliah, jadual, bayaran yuran, tutorial dan juga peperiksaan.Dengan menemui kriteria yang dinyatakan diatas, pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan.

Oleh itu komuniti e-learning merupakan satu kumpulan pelajar yang menggunakan teknologi maklumat sebagai urusan mereka dalam membaiki dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.

Komuniti E-learning tidak hanya mencakupi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkan 'Web Portal'. Kelebihan web portal, pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah, kelender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya.

Namun sejauh mana keberkesanan kaedah e-learning, belum dapat ditentukan dan kajian ke atasnya masih lagi dilakukan. Konsep e-learning di negara kita masih lagi diperingakat permulaan dan memerlukan banyak pengkajian ke atasnya bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanannya kepada kumpulan sasaran. Sebenarnya penghalang kepada kemajuan e-learning bukanlah teknologinya tetapi sumber manusia..Pendekatan yang betul perlu diterapkan bagi memastikan kejayaan e-learning. Peralihan atau anjakan teknologi perlu diseimbangkan dengan peralihan pemikiran yang lebih positif. Yang lebih penting tenaga-tenaga pengajar mestilah bersikap positif dengan konsep ini serta menggalakkan para pelajar menggunakan kaedah ini. Seharusnya dengan adanya konsep ini, tenaga-tenaga pengajar dapat mengeksploitasinya sebaik mungkin

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com