13 February 2010
Hari Kekasih.... Datang Lagi
Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al Kafirun ayar 1-6, umat Islam dilarang mencampuradukkan akidah dan peribadatan, amalan agama Islam dengan agama lain.
Perayaan Hari Valentine atau perayaan memperingati hari kekasih pada 14 Februari, sebenarnya meniru budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St.Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ). Orang-orang Kristian mengabdikan St.Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Ia turut dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian. Pada hari ini, orang-orang kristian percaya akan ‘keajaiban’ dalam percintaan.
Niat tidak boleh menghalalkan cara, Jangan pula ada di kalangan umat Islam yang terlalu taksub dengan budaya ini cuba mentafsirkan amalan mereka dengan mendakwa hanya bertujuan merapatkan hubungan dengan pasangan atau orang yang disayangi. Hatta, walaupun pasangan suami isteri yang sah sekali pun kita tidak boleh mencampuradukkan amalan yang terpesong ini. Marilah kita saling mengingatkan diri kita, adik-beradik kita, saudara-mara kita dan sahabat handai seagama supaya menghindari budaya dan amalan ini.
26 December 2009
10 Muharram Datang Lagi
Apa yang masyarakat kita selalu ingat tentang 10 muharram ?. Bubur Assyura?. Satu amalan yang telah menjadi budaya kita. Amalan ini memang baik kerana dapat mengeratkan silaturrahin antara masyarakat yang saling bergotong –royong, dan menggalakkan kita bersedekah. Sebenarnya terdapat pelbagai peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram. Kita disunat melakukan beberapa perkara di hari ini antaranya ialah :
2. Memuliakan fakir miskin - Allah akan lapangkan kuburnya nanti.
3. Menahan marah - Allah akan masukkannya ke dalam golongan redha.
4. Menunjukkan jalan kepada orang yang sedang sesat - Allah akan penuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Usap kepala anak yatim - Allah akan kurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
6. Bersedekah - Allah akan jauhkannya dari api neraka dengan kadar jauh seekor burung gagak terbang tanpa henti dari kecil hingga ia mati. Dan diberi pahala seperti sedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Pelihara kehormatan diri - Allah akan terangi cahaya keimanannya.
8. Mandi sunat - Allah akan lindunginya dari sakit-sakit yang berat tahun ini. Niatnya begini, “Sahaja aku mandi sunat pada hari As-syura kerana Allah ta’ala.”
9. Bercelak - Allah akan lindunginya dari sakit mata tahun ini.
10.Baca surah Al-Ikhlas 1000 kali - Allah akan pandangnya dengan rahmat di akhirat nanti.
11.Solat sunat 4 rakaat - Allah akan ampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun. Niatnya begini: “Sahaja aku solat sunat hari As-syura 4 rakaat kerana Allah ta’ala.” Rakaat pertama dan kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
12.Menjamu orang berbuka puasa - Allah akan beri pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Peristiwa-peristiwa penting pada 10 Muharram
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
8. Nabi Isa diangkat ke langit.
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
14. Hari pertama Allah mencipta alam.
15. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
17. Allah menjadikan Arasy.
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
23 July 2009
Bulan Sya'ban
Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis)
Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
Barang siapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan pada bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
24 June 2009
BULAN REJAB
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:
Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT
Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab ( maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat
Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT
Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga
Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW lagi :”Pada malam Mi’raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibril as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini.“
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.“
Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?“
Lalu baginda bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka.“
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur.“
Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?“
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun.“
Sabda baginda lagi “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.“
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka.”
22 May 2009
Pendidikan bagi Umat Manusia - Ibn Khaldum
Ibn Khaldum menyatakan antara matlamat pendidikan ialah agar “tabiat manusia itu menjadi baik dan agama sebagai faktor utama yang mempengaruhi pembentukan manusia”. Agama bermatlamatkan ke arah pembinaan akhlak yang baik sama ada melalui perintah atau pun tegahan. Semua manusia adalah sama . Ibn Khaldum memfokuskan kepentingan persekitaran dan suasana kemasyarakatan dalam membentuk tingkah laku, pemikiran dan kepintaran manusia. Ini bersesuaian dengan pengertian ayat Al-Quran Surah: al-Hujurat 49:13
• “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya.). Seseungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu).
29 April 2009
Senyumlah

Apabila kamu sakit dan terbaring di atas tilam putih maka senyumlah kerana sakit yang menimpa kamu adalah pencuci dosa dan pembersih kesalahan-kesalahan kamu. Senyum juga adalah ubat bagi hatimu dan sesuatu yang boleh membuatkan kamu kembali dekat dan makin dekat kepada Tuhan. Apabila kamu dianiaya dan dihina oleh orang lain, maka senyumlah kerana kamu adalah orang dianiaya bukan orang yang menganiaya. Panjatkanlah puji syukur kepada Allah S.W.T yang menjaga diri kamu hingga kamu tidak berada pada posisinya dan ia pula tidak berada pada posisi kamu.
24 March 2009
Hikmah Berbicara
Manakala hikmah Luqman mengenai strategi berbicara;
Luqman berkata kepada puteranya, “Puteraku orang yang berbicara pada orang yang tidak mahu mendengarkan perbicaraannya, maka ia ibarat orang yang menjamu makanan kepada penghuni kubur;”
27 February 2009
Akal dan Sifat Mulia
Luqman berkata kepada puteranya, "Puteraku, tidak ada sesuatu yang digunakan sebagai medium untuk menyembah Allah yang lebih utama daripada akal. Akal seseorang boleh dikatakan sempurna(cerdas) apabila terdapat sepuluh sifat.
1. Terbebas daripada rasa sombong.
2. Berangan-angan memperoleh petunjuk kebenaran.
3. Mencari makan di dunia dengan benar.
4. Mengeluarkan hartanya untuk disedekahkan.
5. Lebih menyukai bersikap rendah diri daripada sombong.
6. Lebih senang berhina diri daripada berbangga diri.
7. Tidak bosan menuntut ilmu sepanjang masa .
8. Tidak jemu dalam memenuhi keperluan sesuai dengan kemampuannya.
9. Memandang banyak kebaikan orang lain dan memandang sedikit kebaikan pada dirinya.
10. Menganggap orang lain lebih baik daripada dirinya dan menganggap dirinya lebih buruk daripada orang lain.
22 February 2009
Diam
Kita tidak boleh berdiam diri apabaila melihat kemungkaran berlaku di depan mata kita. Kita tidak boleh berdiam diri apabila diri dan keluarga kita dikhianati dan disakiti. Apabila kita berada dalam lingkungan masyarakat yang penuh dengan kemungkaran maka berwaspadalah kerana apabila bala diturunkan kepada mereka pastinya tiada kesempatan untuk kita untuk menyelamatkan diri.
Namun diam juga mempunyai pelbagai hikmah.Apabila kita terlalu banyak berkata-kata , berdiam seketika adalah terapinya. Apabila kita dimarahi, diam adalah salah satu penyelesaiannya, begitu juga apabila kita berasa marah, diam lebih baik daripada berkata-kata. Diam juga mempunyai pelbagai hikmah yang boleh dijadikan panduan hidup.
Hikmah Luqman mengenai diam :
I. Luqman berkata kepada puteranya, “ Puteraku, kamu pasti akan menyesali apa yang kamu katakan tapi kamu tidak akan pernah menyesali sikap diammu”
II. Luqman berkata kepada puteranya, “ Puteraku, aku tidak pernah menyesali sikap diamku kerana apabila berbicara itu perak maka diam itu emas.”
III. Luqman berkata kepada puteranya,” Puteraku, jika kamu tidak boleh berbicara, maka jangan kami juga tidak boleh bersikap diam. Sebaliknya kamu lebih menyukai untuk mendengarkan daripada kamu berbicara. Aku sendiri lebih sering menyesali berbicara tetapi aku tidak pernah menyesali sikap diamku.”
IV. Luqman berkata kepada puteranya, “ Puteraku, jika orang-orang bangga dengan keindahan berbicara maka kamu perlu berbangga dengan keindahan diam”
31 October 2008
Siapakah Imam Maturidi
Sebahagian daripada teks tazkirah oleh : Ustaz Nawi Mat Jusoh
Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi As-Samarqandi dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah.
Beliau memerangi Mu’tazilah. Berpegang teguh dengan mazhab Abu Hanifah. Pada masa itu Basrah merupakan pusat perkembangan ilmu aqidah sebagaimana Khurasan sebagai pusat ahli Hadis. Melengkapkan usaha yang telah dilakukan oleh Abu Hassan al-Asya’ari
Abu Hassan al-Asya’ari
Dilahirkan di Basrah. Adalah pelopor utama mengembalikan aqidah umat Islam. 55 tahun sesudah kewafatan Imam Syafie .Keturunan Abu Musa al-Asya’ari . Meninggal pada tahun 324H
Tahap Keadilan Imam Maturidi
Digelar ‘Alimul Huda’ kerana begitu hebat mempertahankan sunnah Nabi saw. Darinya diambil ilmu takhrij Hadis, ilmu Fiqh dan juga ilmu Kalam.
Kemunculannya
Pengikut aliran mazhab ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil menjauhkan diri dari Mu’tazilah.Dari itu, aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan arah akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka
Prinsip Mu’tazilah
Mendahulukan aqal berbanding nas .Bagi mereka, aqal dan fitrah kejadian manusi sudah mampu untuk membezakan antara halal dan haram dalam bab hukum hakam .Antara punca I’tizal ialah kerana tidak bersetuju dengan masalah hukum orang yang melakukan dosa besar yang menyebabkan Wasil memulau kelas agama gurunya Hasan al-Basri.
Antara Pandangan Mu’tazilah
Setiap benda mempunyai naturenya sendiri, mengeluarkan kesan tertentu dan tidak dapat menghasilkan kesan yang lain, Contohnya api tidak menghasilkan sesuatu yang lain kecuali panas begitu juga ais dan sebagainya. Kesan yang ditimbulkan oleh sesuatu benda itu adalah bukan perbuatan Tuhan, sebaliknya adalah hasil keseragaman alam itu sendiri. Pandangan ini selaras dengan sains secara umum. Ini juga bermakna manusia tidak lagi berhajat kepada Tuhan. Dan mereka mengatakan al-Quran itu makhluk.
Kesan Menolak Fahaman Mu’tazilah
Imam Bukhari terpaksa menyembunyikan diri . Isa ibnu Dinar dipenjara 20 tahun .Imam Ahmad dipukul 38 kali dan dipenjara 30 bulan .Imam Syafie hampir-hampir dihukum pancung
Akhirnya
Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Mu’tazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar.
Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Iraq dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.
Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrim terhadap akal sebagaimana Mu’tazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis
Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami aqidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh.
Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah aqidah.
Mereka memahami konsep aqidah dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran.
Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).
24 October 2008
Penerapan Aqidah Islamiyah Menerusi al-Quran
( sebahagian daripada teks tazkirah oleh : Utz Nawi Mat Jusoh )
ISU
- Pemahaman aqidah yang sahih sangat jarang dimiliki oleh umat Islam hari ini sehingga tidak hairanlah mengapa sangat ramai sekali dari umat Islam hari ini yang murtad dan keluar daripada agama Islam.
- “ Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam maka tidaklah dia diterima (disisi kami) dan dia di hari akhirat kelak akan termasuk di kalangan mereka yang rugi (Ali-Imran : 85)
TANGGAPAN
- Ahli agama yang wujud sejak dahulu di tanah air kita seringkali mengajarkan aqidah agama Islam ini dalam kaedah yang salah ataupun lebih buruk mereka mengajarkan perkara yang salah sebagai aqidah Islam sehingga menyukarkan proses pemahaman aqidah yang sahih oleh masyarakat melayu.
- Manusia mempunyai fitrah yang sangat jelas dalam masalah tuhan iaitu mahukan perlindungan daripada tuhan dan mempunyai keinginan dan perasaan untuk mengenal tuhan.
- Bagi Hindu misalnya, apabila ditanya di manakah tuhannya maka mereka akan menjawab bahawa patung-patung dan simbol itu ialah tuhan mereka sehingga keyakinan mereka pada sesuatu benda itu menghidupkan semangat diri mereka. Sebaliknya umat Islam apabila ditanyakan di manakah Allah yang merupakan tuhan mereka ? Maka jawapannya akan menjadi pelbagai sehingga pelbagai guru dari pelbagai aliran akan memberi jawapan yang berbeza menurut aliran masing-masing.
- Bahkan lebih menyedihkan sejak sekian lama ilmu aqidah kita diseliputi fahaman ilmu kalam atau pengaruh falsafah yang menghuraikan persoalan ketuhanan Allah swt dengan kaedah falsafah sehingga menyusahkan umat Islam memahami aqidah yang sebenar dan akhirnya mereka disusahkan dengan teori-teori dan usul seperti sifat 20 yang dihafal tanpa diketahui makna dan maksud.
- Ilmu kalam dan akal menurut Imam Abu Yusof ra (Ya’kub Ibn Ibrahim) merupakan sesuatu yang tercela dan dibenci oleh para ulama salaf soleh. Bahkan diriwayatkan beliau pernah berkata : “Ilmu kalam itu ialah suatu kejahilan dan mempelajarinya ialah kebodohan dan barangsiapa yang tidak mempelajarinya maka itulah kecerdikan”dan beliau berkata lagi “Jika kamu berjumpa dengan ahli ilmu kalam maka hendaklah kamu berkata kepadanya “Wahai si Zindiq” dan lagi katanya “Barangsiapa yang belajar ilmu kalam maka sesungguhnya dia telah menjadi zindiq” (lihat dalam riwayat yang pelbagai oleh Imam Khatib Al-Baghdadi dalam Syarif Ashabul Hadith m/s 168)
- Bukankah menjadi mudah sekiranya umat Islam mengikuti para ulama salaf soleh dan mengajarkan aqidah Islam seperti yang diajarkan oleh Rasulullah kepada sahabat dan yang dipegang oleh para imam-imam besar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad yang menetapkan bahawa Allah itu di langit berdasarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith yang sahih.
- Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum dia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah : Baginda SAW bertanya kepadanya : "Di manakah Allah?“
Jawab budak perempuan : "Di atas langit." Baginda bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?".
Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah."
Baginda bersabda : "Merdekakan dia ! .. kerana sesungguhnya dia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
Hadits sahih. Dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadits (Riwayat Muslim dan Abu Daud)
- Diriwayatkan Abu Hurairah ia berkata : Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya : Ketika Nabi Ibrahim dicampak dalam api (oleh kerajaan Namrud) beliau berdoa "Wahai Tuhanku!, sesungguhnya engkau hanya tunggal di langit dan aku adalah seorang sahaja di bumi ini yang (beriman dan) beribadah kepadamu
(Ibn Kathir, al Bidavah wa an Nihavah 1/146.)
- Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgahsana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya[711]
(surah Hud)
- Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a Nabi Saw pernah bersabda kepada para sahabatnya,
- “Apakah sulit bagi kalian membaca sepertiga Al Quran dalam satu malam? Mereka berkata, “Mana mampu kami lakukannya Ya Rasulullah” Rasulullah bersabda, “Dialah Allah yang Maha Esa (Ahad). Allah tempat meminta. Tiada ia beranak dan tiada Dia diperanakkan. Tiada seorangpun yang sama dengan-Nya (Surah Al-Ikhlas) sama dengan sepertiga Al Quran (Sahih Bukhari)
- Dalam menafsirkan ayat Quran dan Hadith di atas, maka hendaklah kita berhati-hati dan mengikut jalan salafus soleh. Jangan sesekali kita beri’tiqad dengan akal kita tetapi hendaklah beri’tiqad dengan jalan wahyu dan syara’. Lebih baik kita menyerahkan persoalan “Di Mana Allah” itu kepada Allah sendiri tanpa kita memikirkan lagi di mana lokasi ataupun tempat tinggal Allah kerana dibimbangi persoalan kita itu terkeluar dari batasan aqidah salafus soleh.
- Perlu diingat bahawa tidak ada sesuatu pun yang menyamai Allah (Surah Al Ikhlas).
- Maka jika kita memperumpamakan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya kita telah sesat.
- Firman Allah “Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang Maha Perkasa dari apa yang mereka sifatkan” ( Surah As-Shaffat: 180)
