25 July 2009

Nak Tahu Tentang H1N1 ?

Penularan wabak ini menjadi semakin panik dalam kalangan masyarakat kita. Setiap hari ada sahaja peningkatan kes yang disahkan. Setiap minggu ada sahaja institusi pendidikan ditutup.Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada individu yang memandang negatif kepada individu lain yang dipercayai telah terkena wabak ini. Takut. Jauhkan diri.Itulah sikap masyarakat kita. Bukan berusaha nak membantu tetapi cuba mengelak dan kalau boleh langsung tidak mahu berurusan dengan sesiapa sahaja yang terkena dengan sesuatu penyakit. Itu belum lagi jika mengetahui seseorang itu dijangkiti dengan penyakit AIDS, dengan cepat sahaja ada yang cuba menyisihkan mereka. Selagi diri sendiri atau batang hidung sendiri belum mengalaminya, maka mereka tidak tahu bagaimana keadaannya jika ada orang lain yang beranggapan serong. Tiada siapa di dunia ini yang ingin sakit. Di Negara kita mangsa-mangsa yang telah disyaki terkena diharap perlu bersabar dan anggaplah ini adalah dugaan Tuhan. Marilah kita sama-sama berdoa agar kesihatan kita , keluarga kita serta masyarakat kita sentiasa baik dan terhindar daripada segala wabak dan penyakit. Janganlah cepat menyalahkan orang lain. Mangsa-mangsa yang disyaki dan telah disahkan mengalami wabak ini juga ada tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan. Ikutilah nasihat dan langkah-langkah yang telah diberi oleh Kementerian Kesihatan agar penyakit ini tidak merebak kepada orang lain. Memang wabak ini sukar dikawal tetapi kita sekadar dapat memperlahankan sahaja penularannya. Setakad ini belum ada ubat yang khusus merawatnya. Pesakit hanya diberi ubat-ubat biasa seperti ubat batuk dan demam sahaja.
Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam. Kalau virus selesema burung, ia dinamakan sebagai virus H5N1. 'H' bermaksud Hemagglutinin protein manakala'N' bermaksud Neuraminidase protein

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi. Swine Flu bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.

Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia.
Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada sumber Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kementerian Kesihatan akan terus memantau kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster ILI dan orang awam termasuk institusi pendidikan dan tempat kerja untuk memberi kerjasama dengan melaporkan kejadian kes-kes yang bersimptom selesema, batuk atau sakit tekak yang juga dikenali sebagai ILI (influenza-like illness). Mereka yang mendapat gejala yang teruk atau berisiko tinggi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan. Bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
I. Orang ramai diminta untuk terus dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya membasuh tangan secara rutin dan etika batuk. Mereka juga perlu mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan).

II. Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada klinik-klinik yang berdekatan. Kes-kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum. Mereka juga dinasihatkan memakai mask dan jika gejala bertambah teruk untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah telah di muat naik ke laman web Kementerian Kesihatan sebagai rujukan orang awam.

III. Kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa, hendaklah dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com