29 July 2009

Etika Kasih Sayang

Etika adalah falsafah tingkah laku. Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang dengan mematuhi nilai-nilai moral. Dalam bidang falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Secara am, apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, ia bermaksud sama ada orang itu baik atau tidak. Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagai bermoral atau tidak, ini bererti tindakan itu adalah sama ada betul atau salah. Salah satu daripada tingkah laku manusia ialah perasaan kasih dan sayang. Perasaan kasih dan sayang sangat penting dalam membina peradaban manusia. Etika ini merupakan sajian kepada jiwa kita. Beberapa tips tentang etika kasih sayang yang saya terima daripada seorang saudara boleh kita kongsi bersama seperti berikut;

Dua Puluh Sembilan Nilai Baik Perlu Dihayati

1. Agungkan Allah dan ingat selalu kelemahan diri kita.
2. Amalkan budaya ziarah menziarahi.
3. Amalkan budaya bertukar-tukar hadiah.
4. Amalkan syura untuk kepentingan bersama.
5. Bertoleransi asal tidak melibatkan dosa.
6. Berjabat tangan ketika berjumpa dan ketika hendak berpisah.
7. Beri nasihat kepada saudaramu yang meminta nasihat.
8. Beri tempat duduk saudaramu di sesuatu majlis.
9. Bersikap adil dan tidak berat sebelah.
10. Baik sangka terhadap saudara sesama Muslim.
11. Bila berhutang, hendaklah dibayar.
12. Bila bersalah, segera minta maaf.
13. Hayatilah budaya suka bertegur sapa.
14. Hormat menghormati antara satu sama lain.
15. Iringi ke tanah perkuburan jenazah saudaramu.
16. Lazimkan solat berjema’ah.
17. Lakukanlah kebaikan kepada orang yang berbuat jahat kepadamu.
18. Lupakan kebaikanmu kepada orang.
19. Muliakan tetamu dan layan dengan wajar.
20. Muliakan orang tua, kasihani dan pimpin yang muda.
21. Sentiasa senyum dan manis muka ketika bertemu saudaramu.
22. Sertailah suka dan duka saudaramu.
23. Tawadhuk terhadap saudara sesama Muslim.
24. Tepati janji bila berjanji.
25. Tolong jiranmu / saudaramu yang memerlukan pertolongan.
26. Tunaikan jemputan saudaramu.
27. Tunaikanlah zakat dan banyakkan sedekah.
28. Ucapkan salam ketika berjumpa atau sewaktu hendak berpisah.
29. Ziarahilah saudaramu yang sakit.


Dua Puluh Sembilan Nilai Keji Mesti Dijauhi

1. Jangan berbisik-bisik sedang saudaramu di majlis yang sama.
2. Jangan berdusta terhadap saudaramu.
3. Jangan berpaling muka bila bertemu saudaramu.
4. Jangan dedahkan aib saudaramu di depan orang lain.
5. Jangan diungkit-ungkit kebaikanmu kepada orang.
6. Jangan berdendam.
7. Jangan berlaku khianat terhadap orang.
8. Jangan ganggu keselamatan jiran.
9. Jangan hasad dengki.
10. Jangan jadi batu api.
11. Jangan jadi gunting dalam lipatan.
12. Jangan kedekut.
13. Jangan keras kepala.
14. Jangan lakukan perkara yang dibenci oleh saudaramu.
15. Jangan lupa kejahatan yang anda lakukan kepada orang.
16. Jangan mementingkan diri sendiri.
17. Jangan memotong cakap orang.
18. Jangan mengumpat.
19. Jangan memfitnah.
20. Jangan menganiaya saudaramu.
21. Jangan merampas hak orang.
22. Jangan menganiaya kawan kerana hendak naik ke atas.
23. Jangan sakiti jiran / saudaramu.
24. Jangan sombong atau bongkak.
25. Jangan suka menenung pintu atau tingkap rumah jiran.
26. Jangan suka marah-marah ikut nafsu atau perasaan.
27. Jangan mengintip atau mencari-cari kesalahan orang.
28. Jangan suka menyumpah seranah jiran / saudaramu.
29. Jangan terlalu suka berhutang pada jiran / saudaramu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com