Pada asasnya, Islam tidak pernah menolak sebarang bentuk aktiviti sukan malah Islam sangat menggalakkan umatnya bersukan sebagai suatu aktiviti riadah yang menyihatkan. Rasulullah s.a.w turut menganjurkan umatnya menyertai aktiviti sukan sebagai suatu aktiviti senaman yang paling mujarab. `Sebab itu Islam menganjurkan kita mempelajari berenang, melimpar panah, menunggang kuda dan sebagainya. Al Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengelilingi para sahabatnya dalam kumpulan-kumpulan melimpar panah seraya mengalakkan mereka katanya `Limparlah kamu dan aku juga akan menyertai kamu sekalian’. Malah Rasullullah juga pernah mengalahkan ahli gusti terkenal di zamannya iaitu Rukanah Abu Yazid. Oleh itu gunakanlah potensi dan bakat ini untuk mengajak manusia supaya kembali kepada cara hidup Islam. Ini termasuk potensi dan bakat dalam aktiviti sukan.
Namun Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan Dalam Islam `Matlamat tidak menghalalkan cara’ atau `al ghayah la tubarrirul wasilah’. Matlamat yang baik iaitu untuk menjaga kesihatan badan tidak harus dicemari dengan cara atau pendekatan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kita tidak mahu usaha menyihatkan badan melalui aktiviti sukan tidak di kira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan ia menjadi sia-sia sahaja.
Untuk itu kita harus pastikan agar aktiviti sukan perlu memenuhi antara syarat-syarat berikut:
1. Niat kita haruslah untuk menjaga kesihatan badan agar mendapat keredahaan Allah SWT
2. Aktviti itu tidak dilakukan dalam suasana yang bercanggah dengan syariat Islam.
3. Menjaga aurad
4. Asingkan tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita
5. Tiada unsur perjudian
6. Tidak lalai sehingga meninggalkan tanggungjawab lain seperti solat
7. Tidak membazirkan sumber yang ada
Sebenarnya tidak susah untuk kita memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan. Umat Islam telah dipengaruhi dan terikut-ikut dengan corak dan gaya barat khususnya orang-orang kafir dalam bersukan. Sepatutnya kita mempunyai identiti dan peraturan sendiri dalam bersukan. Ini terbukti pada kejohanan Olimpik Beijing yang baru berlalu, di mana beberapa atlet wanita dari negara Islam seperti Homa Hosseini dari Iran dan Shaimaa El-Gammal dari Mesir, tetap menutup aurat mereka walaupun sedang bertarung. Contoh lain ialah pelari dari Bahrin, Ruqaya al-Ghasara yang bertudung tetapi masih mampu memenangi pingat emas ketika beraksi di Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006. Bagi Negara kita tahniah diucapkan kepada beberapa orang pemain hoki kebangsaan seperti Nor Saiful Zaini dan atlet pemanah yang telah menunjukkan contoh berpakaian dan akhlak yang tinggi di gelanggang. Cuba kita fikir dan renungkan, adakah dengan membuka aurad dapat menjadikan seseorang atlet itu maju...
http://permai1.tripod.com/sukan.html
http://bobex.wordpress.com
http://akhisalman.blogspot.com
http://www.bernama.com.my
http://www.harakahdaily
21 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment