Sebahagian daripada teks tazkirah oleh : Ustaz Nawi Mat Jusoh
Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud al-Maturidi As-Samarqandi dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah.
Beliau memerangi Mu’tazilah. Berpegang teguh dengan mazhab Abu Hanifah. Pada masa itu Basrah merupakan pusat perkembangan ilmu aqidah sebagaimana Khurasan sebagai pusat ahli Hadis. Melengkapkan usaha yang telah dilakukan oleh Abu Hassan al-Asya’ari
Abu Hassan al-Asya’ari
Dilahirkan di Basrah. Adalah pelopor utama mengembalikan aqidah umat Islam. 55 tahun sesudah kewafatan Imam Syafie .Keturunan Abu Musa al-Asya’ari . Meninggal pada tahun 324H
Tahap Keadilan Imam Maturidi
Digelar ‘Alimul Huda’ kerana begitu hebat mempertahankan sunnah Nabi saw. Darinya diambil ilmu takhrij Hadis, ilmu Fiqh dan juga ilmu Kalam.
Kemunculannya
Pengikut aliran mazhab ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil menjauhkan diri dari Mu’tazilah.Dari itu, aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan arah akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka
Prinsip Mu’tazilah
Mendahulukan aqal berbanding nas .Bagi mereka, aqal dan fitrah kejadian manusi sudah mampu untuk membezakan antara halal dan haram dalam bab hukum hakam .Antara punca I’tizal ialah kerana tidak bersetuju dengan masalah hukum orang yang melakukan dosa besar yang menyebabkan Wasil memulau kelas agama gurunya Hasan al-Basri.
Antara Pandangan Mu’tazilah
Setiap benda mempunyai naturenya sendiri, mengeluarkan kesan tertentu dan tidak dapat menghasilkan kesan yang lain, Contohnya api tidak menghasilkan sesuatu yang lain kecuali panas begitu juga ais dan sebagainya. Kesan yang ditimbulkan oleh sesuatu benda itu adalah bukan perbuatan Tuhan, sebaliknya adalah hasil keseragaman alam itu sendiri. Pandangan ini selaras dengan sains secara umum. Ini juga bermakna manusia tidak lagi berhajat kepada Tuhan. Dan mereka mengatakan al-Quran itu makhluk.
Kesan Menolak Fahaman Mu’tazilah
Imam Bukhari terpaksa menyembunyikan diri . Isa ibnu Dinar dipenjara 20 tahun .Imam Ahmad dipukul 38 kali dan dipenjara 30 bulan .Imam Syafie hampir-hampir dihukum pancung
Akhirnya
Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Mu’tazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar.
Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Iraq dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.
Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrim terhadap akal sebagaimana Mu’tazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis
Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami aqidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh.
Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah aqidah.
Mereka memahami konsep aqidah dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran.
Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).
No comments:
Post a Comment