24 October 2008

Penerapan Aqidah Islamiyah Menerusi al-Quran

Penerapan Aqidah Islamiyah Menerusi Al-Quran
( sebahagian daripada teks tazkirah oleh : Utz Nawi Mat Jusoh )

ISU
  • Pemahaman aqidah yang sahih sangat jarang dimiliki oleh umat Islam hari ini sehingga tidak hairanlah mengapa sangat ramai sekali dari umat Islam hari ini yang murtad dan keluar daripada agama Islam.
  • “ Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam maka tidaklah dia diterima (disisi kami) dan dia di hari akhirat kelak akan termasuk di kalangan mereka yang rugi (Ali-Imran : 85)

TANGGAPAN

  • Ahli agama yang wujud sejak dahulu di tanah air kita seringkali mengajarkan aqidah agama Islam ini dalam kaedah yang salah ataupun lebih buruk mereka mengajarkan perkara yang salah sebagai aqidah Islam sehingga menyukarkan proses pemahaman aqidah yang sahih oleh masyarakat melayu.
  • Manusia mempunyai fitrah yang sangat jelas dalam masalah tuhan iaitu mahukan perlindungan daripada tuhan dan mempunyai keinginan dan perasaan untuk mengenal tuhan.
  • Bagi Hindu misalnya, apabila ditanya di manakah tuhannya maka mereka akan menjawab bahawa patung-patung dan simbol itu ialah tuhan mereka sehingga keyakinan mereka pada sesuatu benda itu menghidupkan semangat diri mereka. Sebaliknya umat Islam apabila ditanyakan di manakah Allah yang merupakan tuhan mereka ? Maka jawapannya akan menjadi pelbagai sehingga pelbagai guru dari pelbagai aliran akan memberi jawapan yang berbeza menurut aliran masing-masing.
  • Bahkan lebih menyedihkan sejak sekian lama ilmu aqidah kita diseliputi fahaman ilmu kalam atau pengaruh falsafah yang menghuraikan persoalan ketuhanan Allah swt dengan kaedah falsafah sehingga menyusahkan umat Islam memahami aqidah yang sebenar dan akhirnya mereka disusahkan dengan teori-teori dan usul seperti sifat 20 yang dihafal tanpa diketahui makna dan maksud.

  • Ilmu kalam dan akal menurut Imam Abu Yusof ra (Ya’kub Ibn Ibrahim) merupakan sesuatu yang tercela dan dibenci oleh para ulama salaf soleh. Bahkan diriwayatkan beliau pernah berkata : “Ilmu kalam itu ialah suatu kejahilan dan mempelajarinya ialah kebodohan dan barangsiapa yang tidak mempelajarinya maka itulah kecerdikan”dan beliau berkata lagi “Jika kamu berjumpa dengan ahli ilmu kalam maka hendaklah kamu berkata kepadanya “Wahai si Zindiq” dan lagi katanya “Barangsiapa yang belajar ilmu kalam maka sesungguhnya dia telah menjadi zindiq” (lihat dalam riwayat yang pelbagai oleh Imam Khatib Al-Baghdadi dalam Syarif Ashabul Hadith m/s 168)

  • Bukankah menjadi mudah sekiranya umat Islam mengikuti para ulama salaf soleh dan mengajarkan aqidah Islam seperti yang diajarkan oleh Rasulullah kepada sahabat dan yang dipegang oleh para imam-imam besar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad yang menetapkan bahawa Allah itu di langit berdasarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith yang sahih.

  • Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum dia dimerdekakan oleh tuannya iaitu Mu'awiyah : Baginda SAW bertanya kepadanya : "Di manakah Allah?“

Jawab budak perempuan : "Di atas langit." Baginda bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?".
Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah."
Baginda bersabda : "Merdekakan dia ! .. kerana sesungguhnya dia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
Hadits sahih. Dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadits (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

  • Diriwayatkan Abu Hurairah ia berkata : Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya : Ketika Nabi Ibrahim dicampak dalam api (oleh kerajaan Namrud) beliau berdoa "Wahai Tuhanku!, sesungguhnya engkau hanya tunggal di langit dan aku adalah seorang sahaja di bumi ini yang (beriman dan) beribadah kepadamu

(Ibn Kathir, al Bidavah wa an Nihavah 1/146.)

  • Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgahsana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya[711]

(surah Hud)

  • Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a Nabi Saw pernah bersabda kepada para sahabatnya,
  • “Apakah sulit bagi kalian membaca sepertiga Al Quran dalam satu malam? Mereka berkata, “Mana mampu kami lakukannya Ya Rasulullah” Rasulullah bersabda, “Dialah Allah yang Maha Esa (Ahad). Allah tempat meminta. Tiada ia beranak dan tiada Dia diperanakkan. Tiada seorangpun yang sama dengan-Nya (Surah Al-Ikhlas) sama dengan sepertiga Al Quran (Sahih Bukhari)
  • Dalam menafsirkan ayat Quran dan Hadith di atas, maka hendaklah kita berhati-hati dan mengikut jalan salafus soleh. Jangan sesekali kita beri’tiqad dengan akal kita tetapi hendaklah beri’tiqad dengan jalan wahyu dan syara’. Lebih baik kita menyerahkan persoalan “Di Mana Allah” itu kepada Allah sendiri tanpa kita memikirkan lagi di mana lokasi ataupun tempat tinggal Allah kerana dibimbangi persoalan kita itu terkeluar dari batasan aqidah salafus soleh.
  • Perlu diingat bahawa tidak ada sesuatu pun yang menyamai Allah (Surah Al Ikhlas).
  • Maka jika kita memperumpamakan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya kita telah sesat.
  • Firman Allah “Maha suci Tuhanmu, Tuhan yang Maha Perkasa dari apa yang mereka sifatkan” ( Surah As-Shaffat: 180)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com