11 March 2010

ETIKA KERJA

Etika kerja merupakan etika atau tingkahlaku terhadap kerja yang dipandang dengan sikap positif, iaitu sebagai satu kepercayaan yang menganggap bahawa kerja itu adalah penting.

Lantaran itu, manusia perlu menjaganya dengan cara yang paling baik.

Etika kerja dalam erti kata yang lebih luas merangkumi satu atau beberapa kepercayaan di bawah ini: (Max Weber)

i. Manusia mempunyai sesuatu kewajipan agama/moral untuk memenuhi kehidupan dan tugas yang berat.
ii. Para pekerja diharapkan menggunakan masa kerja bukan untuk kepentingan peribadinya.
iii. Pekerja harus mempunyai rekod kedatangan yang baik.
iv. Para pekerja hendaklah produktif dalam mengeluarkan barangan atau memberi perkhidmatan.
v. Para pekerja harus berasa bangga dengan kerjanya dan melaksanakannya dengan baik.
vi. Para pekerja harus mempunyai perasaan penglibatan dan setia kepada kerjanya, tempat kerja serta ahli-ahli yang lain.
vii. Para pekerja haruslah sentiasa memikirkan pencapaian yang tinggi.
viii. Manusia boleh mendapatkan kemewahan melalui kerja yang jujur.

sumber : “Etika Perkhidmatan Awam”

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

gergento@gmail.com